ISU 2: Buli dan Keganasan di Sekolah

Apa Masalahnya?

  • Buli dan keganasan menafikan hak pelajar untuk rasa selamat.
  • Ia menafikan hak untuk dihormati dan bebas daripada ancaman.

Tonton Video Mengenai Kesan Buli:

Kenapa Ia Berlaku? (Punca)

  • Pengaruh media sosial yang memaparkan keganasan.
  • Kurang kawalan emosi dan empati.
  • Budaya "senior menindas junior".

Apa Buruknya? (Kesan)

  • Mangsa boleh mengalami trauma dan kemurungan.
  • Prestasi akademik menurun.
  • Kehilangan keyakinan diri yang teruk.

Pernah Nampak Ini? (Contoh)

  • Murid dipukul, ditolak, atau barang mereka dirampas.
  • Mengejek penampilan, status keluarga, atau prestasi akademik.
  • Menyebarkan gosip atau gambar memalukan dalam group WhatsApp (buli siber).

MISI KITA DI SEKOLAH: (Peranan Sekolah)

Dasar Sekolah Selamat
Melaksanakan kempen anti-buli secara berterusan di peringkat kebangsaan.
Bantuan Kaunseling
Menyediakan modul pengurusan emosi dan empati untuk mangsa serta pembuli.
Pendidikan Karakter
Menggalakkan program seperti Rakan Pembimbing Sebaya (PRS) untuk membina sahsiah.
Penilaian Holistik (PBD)
Menilai pelajar bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga sahsiah dan nilai kasih sayang.